Brazil di laluan sukar

Brazil di laluan sukar

SANTIAGO, 23 Jun (AFP) – Jika Brazil mahu memenangi gelaran Copa Amerika kelima mereka dalam tujuh edisi, Selecao perlu berdepan dengan jalan yang sukar.

Kuasa Amerika Selatan itu semalam menentukan untuk tidak membuat rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang diserahkan kepada pemain penyerang dan kapten pasukan, Neymar kerana bersikap ganas, yang bermakna mereka perlu melakukan tanpanya bagi peringkat kalah mati.

Mereka berada dalam kedudukan sukar di mana teori mungkin menggambarkan ia diselesaikan bagi membantu tuan rumah Chile mara ke final.

Argentina, Colombia dan Brazil, pasukan yang berada di ranking ketiga sehingga lima dalam ranking FIFA Dunia berada dalam pasukan yang sama, sementara di sudut lain anda boleh melihat pasukan Peru ranking ke-61 menentang Bolivia ranking ke-89.

Dalam keadaan yang sama, Chile (19) diundi ke suku akhir menentang ranking yang lebih tinggi iaitu pasukan Uruguay yang juara bertahan dengan ranking kelapan FIFA.

Pemain Venezuela, Josef Martinez (tengah) membantu pertahanan Brazil, Thiago Silva yang kejang semasa aksi Copa America di Santiago, 21 Jun lalu. – AFP
Pemain Venezuela, Josef Martinez (tengah) membantu pertahanan Brazil, Thiago Silva yang kejang semasa aksi Copa America di Santiago, 21 Jun lalu. – AFP

Argentina dan Colombia erjejas, ketika kedua pasukan ranking tertinggi itu berdepan sesama sendiri dalam lapan pasukan terakhir.

Dalam mana–mana perlawanan pasukan kuat, mereka akan menjangka Brazil melangkah ke separuh akhir memandangkan Selecao menentang Paraguay.

Paraguay mungkin mara ke final empat tahun lalu, hanya setahun selepas mara ke suku akhir Piala Dunia, tetapi mereka terjejas sejak itu ditambah dengan kegagalan untuk mara ke Piala Dunia tahun lepas dan jatuh ke ranking 85 dunia.

Paraguay yang berada di ranking ke-15 Piala Dunia 2010 hanya memenangi empat daripada 19 perlawanan antarabangsa dari awal 2013 sehingga perlawanan bermula.

Walaupun tanpa Neymar, Brazil akan dijangka untuk mara dan pasukan itu sendiri berharap untuk membalas dendam setelah tewas kepada Paraguay menerusi sepakan penalti pada peringkat ini empat tahun yang lalu.