Brazil hadapi Paraguay tanpa Neymar, Luiz

Brazil hadapi Paraguay tanpa Neymar, Luiz

MONTEVIDEO, 28 Mac (AFP) – Brazil akan turun tanpa bintang Barcelona, ​​Neymar dan pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), David Luiz apabila bertemu pasukan penuh muslihat, Paraguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018, pagi Rabu ini.

Brazil cuba mengubat duka selepas kekecewaan diikat Uruguay dengan keputusan seri 2-2 pada Jumaat dengan mereka mensia-siakan kelebihan dua gol, sekali gus menamatkan permainan dengan tercicir mata.

Kekecewaan membenarkan Uruguay mendapatkan rentak permainan selepas ketinggalan menyaksikan tindakan keras Neymar mengasari Alvaro Gonzalez menyebabkan dia dilayangkan kad kuning dan berdepan penggantungan pada kunjungan ke Asuncion.

Luiz yang juga bekas pertahanan tengah Chelsea, menerima nasib sama yang menyaksikan dia terlepas perlawanan dengan Paraguay yang mengumpul lapan mata sama dengan Brazil selepas lima perlawanan.

Neymar dan Luiz tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Paraguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 rabu ini. – Reuters
Neymar dan Luiz tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Paraguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 rabu ini. – Reuters

Jurulatih Brazil, Dunga sudah memanggil penyerang remaja Santos, Gabriel Barbosa yang juga bintang pasukan Olimpik, untuk menggantikan Neymar manakala pemain pertahanan Corinthians, Felipe akan menggantikan Luiz.

Gabriel, 19, yang dikenali sebagai ‘Gabigol’ dan dianggap sebagai pewaris kepada Neymar, akan membuat penampilan senior pertamanya untuk Brazil selepas menyertai skuad bawah 23 tahun dengan dia menjaringkan enam gol dalam empat perlawanan.

“Saya akan merealisasikan impian yang saya tidak sangka,” kata Gabriel. “Saya gembira apabila mendapat peluang ini.”