Brazil hos Copa America 2019

Brazil hos Copa America 2019

ASUNCION, Paraguay, 8 Jun – Brazil akan menjadi tuan rumah pada edisi Copa America 2019, kata ketua badan induk bola sepak Amerika Selatan (CONMEBOL), hari ini.

Presiden CONMEBOL, Alejandro Dominguez membuat pengumuman berkenaan di laman rasmi organisasi itu semalam. Ia bakal menjadi penganjuran kali kelima Brazil dalam kejohanan benua berkenaan, yang turut menampilkan pasukan jemputan dari luar Amerika Latin.

Brazil muncul juara pada tahun 1919, 1922, 1949 dan 1989 ketika menjadi tuan rumah di setiap edisi berkenaan.

Amerika Syarikat – negara di luar benua berkenaan – menjadi tuan rumah bagi edisi Copa Centenario yang diadakan di luar Amerika Selatan buat pertama kali bagi meraikan ulang tahun ke-100 selepas kali pertama diadakan di Buenos Aires pada tahun 1916, dengan Uruguay muncul juara sulung. – AFP