Brazil ketepikan soal bonus

Brazil ketepikan soal bonus

RIO DE JANEIRO, 16 Ogos – ‘Impian’ Brazil untuk pingat emas pertama dalam bola sepak tidak akan terjejas dengan perbalahan mengenai pembayaran bonus, tegas pemain pertahanan, Marquinho dengan tuan rumah pilihan utama untuk mengetepikan pasukan Honduras dalam separuh akhir, esok.

Selepas meninjau negara itu di Brasilia, Salvador dan Sao Paulo, Brazil akhirnya memasuki Rio untuk separuh akhir kali ketiga berturut-turut yang dijangka akan mengetepikan pasukan dari Amerika Tengah itu di depan peminat di Maracana.

Dan Maquinhos menegaskan kebanggaan kebangsaan akan menolak paket bayaran pemain Brazil bagi skuad itu yang melibatkan pemain berharga berjuta dolar seperti Neymar dan Rafinha dari Barcelona.

“Kami tidak bercakap mengenai bonus, kami tidak mencapai nilai tertentu (bersama persekutuan Brazil),” kata Marquinho yang beraksi bagi Paris Saint-Germain semalam apabila ditekankan mengenai berapa banyak yang akan diperoleh setiap pemain apabila memenangi pingat emas. “Impian bagi saya, pasukan dan peminat menjadi juara.”

Honduras sudah menyingkirkan salah satu pasukan pilihan dari Amerika Selatan, Argentina untuk mara ke fasa empat pasukan terakhir dan memerlukan hanya satu kemenangan sahaja lagi untuk melakarkan sejarah memenangi pingat Olimpik pertama.

pg23_160817_olympic logo

Neymar (kanan) ketika bersaing dengan Andres dari Colombia pada perlawanan suku akhir Olimpik di Sao Paulo, 13 Ogos lalu. – AP
Neymar (kanan) ketika bersaing dengan Andres dari Colombia pada perlawanan suku akhir Olimpik di Sao Paulo, 13 Ogos lalu. – AP

Dan jurulatih, Jose Luis Pinto, yang mengetuai Costa Rica untuk memberikan kejutan pada suku akhir Piala Dunia di Brazil dua tahun lalu, memberi amaran kepada Brazil, mereka bukan hanya hadir dan menang menerusi ‘warna jersi mereka’.

“Kami tahu peminat Brazil akan menyokong pasukan mereka selama 90 minit, tetapi kami perlu mengawal mental dan emosi,” kata Pinto. “Saya menghormati bola sepak Brazil tetapi hari ini anda tidak akan menang kerana sokongan atau warna jersi anda.”

Neymar sekali lagi dibebani harapan negara tuan rumah yang memerlukan beberapa kejayaan selepas hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan setakat ini.

Persaingan Olimpik bagi pemain berusia 24 tahun itu akhirnya menjelma dengan gol pertamanya dalam kemenangan suku akhir 2-0 ke atas Colombia. Bagaimanapun, Pinto menegaskan dia mempunyai rancangan untuk menghalang pemain emas Brazil itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA