Brazil mula bangkit

Brazil mula bangkit

MONTEVIDEO, 12 Okt – Brazil mengungguli kumpulan dalam persaingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan semalam selepas mencatatkan kemenangan ke atas Venezuela sementara Argentina pula mengalami kekalahan mengejut di laman sendiri kepada Paraguay.

Gol pemain remaja Man City, Gabriel Jesus dan Willian dari Chelsea membolehkan Selecao meraih kemenangan 2-0 ke atas Venezuela dalam perlawanan yang tercemar dengan kegagalan lampu limpah menyebabkan Estadio Metropolitano, Merida kegelapan.

Kemenangan itu adalah keempat bagi Brazil dalam kempen kelayakan dan membolehkan juara dunia lima kali itu mengungguli kedudukan teratas dengan 21 mata selepas 10 perlawanan.

Kemenangan itu bukti terbaru kebangkitan Brazil di bawah jurulatih baru, Tite, yang mengambil alih dari Dunga yang dipecat Jun lalu selepas hambar dalam Copa America Centenario, Selecao.

Ia adalah kali pertama sejak kelayakan bermula, Brazil mengungguli kedudukan, dan pasukan itu dilihat kukuh dalam laluan untuk mengekalkan rekod mereka yang tidak pernah gagal dalam kelayakan Piala Dunia.

Gabriel Jesus (tengah) meraikan jaringan bersama rakan ketika menentang Venezuela dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Merida, Venezuela kelmarin. – AP
Gabriel Jesus (tengah) meraikan jaringan bersama rakan ketika menentang Venezuela dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Merida, Venezuela kelmarin. – AP

Brazil masih berusaha memulihkan prestasi selepas mendapat malu besar dibelasah Jerman pada temasya Piala Dunia 2014 di negara sendiri.

Ujian getir Brazil dilihat hadir bulan depan apabila mereka menentang musuh lama, Argentina, yang tewas 1-0 di laman sendiri kepada Paraguay di Cordoba.

Jaringan menerusi serangan mengejut penyerang Derlis Gonzalez pada minit ke-18 sudah cukup untuk memberikan Paraguay tiga mata ketika tuan rumah sekali lagi bergelut dengan ketiadaan Lionel Messi.

Argentina meraih hanya dua mata daripada kemungkinan sembilan perlawanan dalam tiga perlawanan lalu mereka, semuanya tanpa bintang Barcelona, Messi.

Pasukan Argentina berang pada separuh masa kedua, dengan Angel Di Maria menyaksikan jaringannya menerusi sepakan percuma dibatalkan kerana faul ketika Gonzalo Higuain dan Sergio Aguero hampir menjaringkan gol.

Tetapi dengan penjaga gol Paraguay, Justo Villar berada dalam rentak cemerlang di antara tiang gol, dengan pasukan pelawat bertahan bagi kemenangan itu yang menghidupkan semula harapan untuk mendapatkan salah satu kemunculan dalam aksi kelayakan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA