Brazil saman WhatsApp

Brazil saman WhatsApp

RIO DE JANEIRO, 28 Julai – Seorang hakim di Brazil semalam mengenakan denda berjumlah AS$11.6 juta ke atas cawangan Facebook tempatan disebabkan keengganan syarikat itu menyerah data daripada program mesej WhatsApp kepada satu siasatan polis.

Arahan itu keluar daripada seorang hakim di negeri utara Amazonas, berkata Facebook gagal memenuhi tanggungjawab perundangannya.

Facebook Brazil ‘menunjukkan sikap tidak mempedulikan institusi Brazil,’ tambah pendakwa.

WhatsApp telah dimiliki oleh syarikat media sosial Facebook sejak Februari 2015.

Perbalahan lama itu memperadu desakan pihak berkuasa Brazil untuk mendapatkan kemudahan kepada komunikasi di antara tersangka jenayah berbanding hujah-hujah Facebook mengatakan ia sedang melin-dungi privasi dan kebebasan komunikasi.

Butir-butir khusus siasatan polis tidak didedahkan.

Facebook tidak menjawab satu e-mel yang meminta untuk melihat komen mengenai denda berkenaan.

Pada awal bulan ini, pihak berkuasa Brazil menyekat WhatsApp buat sementara waktu di seluruh negara untuk kali ketiga dalam kurang setahun.

Penutupan berkali-kali itu telah menimbulkan kemarahan pengguna yang bergantung pada aplikasi percuma itu. Bayaran untuk menghantar teks dan panggilan adalah tinggi di Brazil dan perbualan kumpulan WhatsApp dan fungsi perkongsian gambar telah menjadi sebahagian besar daripada interaksi sosial harian.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa Brazil menahan 12 orang setelah memintas mesej WhatsApp dan Telegram mencadangkan mereka sedang berkomplot satu serangan keganasan ke atas Olimpik yang dibuka pada 5 Ogos di Rio de Janeiro. – AFP