Brazil tanpa kelibat Neymar

Brazil tanpa kelibat Neymar

SAO PAULO, 6 Okt (AFP) – Banyak perubahan berlaku kepada pasukan kebangsaan Brazil sejak diaibkan pada Piala Dunia tahun lepas, tetapi kempen kelayakan Piala Dunia 2018 yang bermula Khamis ini tetap dihantui faktor kebimbangan yang sama: ketiadaan superstar Neymar.

Tragedi bolos besar Brazil semasa tewas 7-1 menentang Jerman pada Piala Dunia di laman sendiri sudah berlalu lebih setahun.

Sejak itu kegagalan hampir sama berlaku pada Copa America, di mana Selecao tewas kepada pasukan kerdil Paraguay menerusi penentuan penalti. Jurulatih telah bertukar dan bedah siasat dibuat tanpa kesudahan.

Tetapi dalam semua kemelut itu, negara gila bola sepak ini masih setia kepada ketua pasukan kebangsaan dan bintang Barcelona itu dan dihantui takut yang keterlaluan sehingga pasukan yang dipanggil sebagai ‘canarinha’ itu merasa tidak boleh menang tanpa Neymar.

Neymar mengalami kecederaan semasa kekalahan separuh akhir Piala Sepanyol 2014. Kemudian dalam aksi Copa America menentang Colombia, dia dilayangkan kad merah dan digantung empat perlawanan dan terlepas baki kejohanan bersama penyingkiran mengecewakan negaranya.

Neymar amat penting buat Brazil sehingga Selecao merasakan mustahil mereka menang jika beliau tidak diturunkan. – Reuters
Neymar amat penting buat Brazil sehingga Selecao merasakan mustahil mereka menang jika beliau tidak diturunkan. – Reuters

Kini dengan baki dua perlawanan daripada penggantungan itu, Neymar sekali lagi tidak dapat beraksi untuk kelayakan Brazil 2018 menentang Chile Khamis ini dan Venezuela 13 Oktober.

Janji untuk memperbaiki kelakuannya – “Saya tidak boleh membiarkan diri saya melakukan perkara bodoh seperti itu,” katanya di Barcelona baru-baru ini – dan rayuan supaya penggantungan itu ditangguhkan gagal dan Brazil amat takut dengan akibatnya.

Bagi mereka yang pesimis, Neymar bukan sahaja penting: Mesin jaringan yang benar-benar mahir itu adalah salah seorang wakil terakhir untuk cerita dongeng ‘jogo bonito’ atau permainan cantik Brazil.

Soalan yang banyak ditanya di sini ialah sama ada kebergantungan kepada Neymar tidak menggambarkan kegagalan meluas sistem yang memberi tumpuan kepada mengeksport bakat muda kepada kelab-kelab di luar negara, sehingga merompak peluang untuk membangunkan kesemua Neymar pasukan Brazil.

ARTIKEL YANG SAMA