Brazil terima 20,000 warga Syria

Brazil terima 20,000 warga Syria

BRASILIA, 8 Sept – Brazil akan menjadi mengalu-alukan pelarian Syria dengan ‘tangan terbuka’, kata Presiden Dilma Rousseff semalam, ketika berbilang negara Amerika Latin bersedia membantu kemasukan manusia yang melarikan diri dari negara yang dilanda peperangan itu.

Dalam mesej menerusi video dalam meraikan Hari Kemerdekaan Brazil, Rousseff berkata dia mahu “mengulangi kesediaan kerajaan bagi mengalu-alukan mereka, yang diketepikan dari negara mereka, mahu tinggal, bekerja dan menyumbang kepada kemakmuran dan kedamaian Brazil.”

“Terutamanya pada masa yang sukar ini, masa krisis, kami mengalu-alukan pelarian dengan tangan terbuka,” tambahnya.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengarahkan kementerian luarnya untuk mengambil langkah bagi menerima 20,000 warga Syria di negara itu.

Presiden Chile, Michelle Bachelet, sementara itu, berkata negaranya bersedia menerima pelarian, tanpa menyatakan jumlah atau kewarganegaraan.

Presiden Brazil, Dilma Rousseff melambai ketika beliau menyertai perarakan meraikan Hari Kemerdekaan Brazil di Brasilia. – AFP
Presiden Brazil, Dilma Rousseff melambai ketika beliau menyertai perarakan meraikan Hari Kemerdekaan Brazil di Brasilia. – AFP

“Sepanjang sejarah kami, kami selalu membuka pintu kepada mereka, kadang kala datang dari tempat-tempat yang jauh, membawa sejarah dan budaya mereka kepada pembinaan negara kami,” kata Bachelet.

Ketua-ketua komuniti Arab Chile, dengan jumlah sekitar 300,000 orang, menghampiri kerajaan baru-baru ini dengan rancangan untuk menawarkan perlindungan dan bantuan kepada sekitar 100 keluarga pelarian dari Syria.

Brazil telah menerima lebih 2,000 pelarian Syria sejak bermulanya konflik Syria pada 2011, lebih dari mana-mana negara lain di Amerika Latin.

Pada masa ini, rakyat Syria adalah kumpulan pelarian terbesar di Brazil. Pada 2014 saja, 1,045 orang diberikan perlindungan.

Dua tahun lalu, Brazil menggariskan proses penerimaan pelarian di bawah program yang pada asalnya berakhir bulan ini.

Peguam negara, Beto Vasconcelos, yang dipetik dalam media setempat, dilaporkan berkata kerajaan sedang mempertimbangkan bagi melanjutkan langkah tersebut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA