Brazil tersingkir dari Copa America

Brazil tersingkir dari Copa America

FOXBOROUGH, 13 Jun (AP) – Peru mengejutkan Brazil 1-0, sekali gus menyingkirkan mereka daripada saingan Copa America Centenario, awal pagi tadi.

Gol lewat permainan oleh Raul Ruidiaz yang mungkin terkena tangan, mencetus kemenangan pertama Peru ke atas Brazil dalam tempoh 31 tahun.

Kemenangan itu meletakkan Peru sebagai juara Kumpulan B dan akan berdepan Colombia dalam aksi suku akhir Sabtu ini.

Mendominasi sebahagian besar permainan, Peru memecah kebuntuan apabila hantaran Andy Polo menemui Ruidiaz di dalam kotak penalti yang menampannya ke dalam gawang Brazil.

Penjaga gol Brazil Alisson mendakwa bola terkena tangan Ruidiaz tetapi selepas pengadil berbincang, gol terbabit dibenarkan.

Pasukan gergasi Brazil disingkirkan dari Copa America Centenario oleh Peru. – AFP
Pasukan gergasi Brazil disingkirkan dari Copa America Centenario oleh Peru. – AFP

pg22_160613_CopaAmericaLogo

Penyingkiran di peringkat kumpulan ini mampu menggugat jawatan pengendalinya, Dunga.

“Mungkin Brazil pada satu masa mempunyai kawalan bola,” jurulatih Peru Ricardo Gareca berkata. “Anda perlu berupaya untuk bertahan dengan lebih baik. Peru membuat pertahanan yang amat baik dan apabila masanya sudah tiba untuk kami menyerang, kami serang.”

Gol Ruidiaz tiba pada kira-kira 10 minit selepas dia menggantikan Edison Flores.

Ditanya jika gol tersebut dibenarkan, dia menolak untuk memberikan sebarang pendapat mengatakan dia belum melihat sebarang ulang tayang.

“Ini adalah salah satu ralat yang terdapat dalam setiap perlawanan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA