Brazil tersingkir

Brazil tersingkir

MONCTON, Kanada, 22 Jun (AFP) – Jaringan separuh masa kedua pemain simpanan Kyah Simon membolehkan Australia mara ke suku akhir Piala Dunia Wanita semalam selepas membenam pasukan Brazil yang dipenuhi bintang.

Simon, 23, memecahkan kebuntuan selepas 80 minit di padang yang basah dan berangin di Moncton menentang pasukan tangga kedua 2007 yang diterajui bekas pemain terbaik tahunan dunia lima kali. “Saya rasa kegembiraan adalah perkataan tepat bagi kemenangan menentang negara bola sepak yang besar dan kuat,” kata jurulatih Alen Stajcic mengenai kemenangan pertama Australia dalam fasa kalah mati Piala Dunia.

“Brazil mempunyai beberapa peluang tetapi pada keseluruhannya saya rasa kami layak untuk menang. Kami mungkin salah sebuah pasukan berbahaya dalam Piala Dunia jika bukan yang paling bahaya,” dia memberi amaran.

“Tetapi kami tidak mahu bercakap besar. Kami masih ada setengah jalan lagi dan kami kembali bekerja esok.”

Kedua-dua pasukan bergelut untuk memecahkan kebuntuan pada babak pertama dengan Marta, Andressina dan Formiga gagal menemui sasaran bagi pasukan Brazil yang mengungguli ranking ketujuh dunia.

(Dari kiri) Pertahanan Australia, Laura Alleway melonjak mengatasi pertahanan Brazil, Monica dan Cristiane dalam aksi Piala Dunia Wanita di Stadium Moncton semalam. – AFP
(Dari kiri) Pertahanan Australia, Laura Alleway melonjak mengatasi pertahanan Brazil, Monica dan Cristiane dalam aksi Piala Dunia Wanita di Stadium Moncton semalam. – AFP

Formiga, 37, yang menjadi pemain paling tua untuk menjaringkan gol dalam perlawanan wanita bagi perlawanan pertama mereka, mendapat peluang terbaik untuk Brazil pada separuh masa pertama tetapi rembatan melencong dapat ditolak oleh penjaga gol Lydia Williams sehingga keadaan berubah sekitar sejam perlawanan.

Marta, 29, terlepas satu lagi peluang untuk menambah rekod 15 jaringannya pada Piala Dunia apabila sepakannya tersasar dan tandukan Formiga melantun mengenai tiang gol Williams.

Pasukan Matildas terjejas dengan kapten pasukan Lisa De Vanna memberikan umpanan kepada Emily Van Egmond, tetapi rembatannya melantun.

Stajcic kemudian memasukkan pemain Sydney FC, Simon selepas 64 minit dan berhasil ketika perlawanan berbaki 10 minit.

ARTIKEL YANG SAMA