Brazil usaha halang wanita AS gapai emas

Brazil usaha halang wanita AS gapai emas

RIO DE JANEIRO, 3 Ogos – Pasukan Amerika Syarikat (AS) menghadapi persaingan sengit daripada tuan rumah Brazil untuk pingat emas kelima Olimpik dalam enam perlawanan apabila perlawanan bola sepak wanita Rio 2016 bermula hari ini.

Pemburuan pasukan AS bagi pingat emas keempat berturut-turut bermula dengan menentang New Zealand di Belo Horizonte dengan perlawanan wanita dan lelaki akan diadakan di enam buah bandar raya yang menghoskan Piala Dunia 2014.

Juara dunia itu beraksi tanpa penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang masa, Abby Wambach pada perlawanan besar buat kali pertama dalam lebih sedekad selepas bersara berikutan Piala Dunia tahun lepas.

Bagaimana pun, tidak seperti perlawanan Olimpik bagi pasukan lelaki, tidak terdapat had usia ke atas para pemain yang boleh dipilih jadi jurulatih AS, Jill Ellis boleh menggunakan Pemain Tahunan Dunia, Carli Lloyd, begitu juga dengan pemain berpengalaman, Megan Rapinoe dan bintang penyerang Alex Morgan.

Skuad wanita AS menjalani latihan sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik RIo di Belo Horizonte, kelmarin. – AFP
Skuad wanita AS menjalani latihan sebagai persediaan untuk Sukan Olimpik RIo di Belo Horizonte, kelmarin. – AFP

Pasukan AS perlu bermula dengan pantas ketika mereka menghadapi pertemuan besar menentang Perancis pada 6 Ogos dan menamatkan peringkat pembukaan kempen mereka menentang Colombia di Manaus, hampir 3,000 km jauhnya dari Rio di hutan Amazon.

Kapten Becky Sauerbrunn mengakui kejayaan sebelumnya menjadikan pasukan AS pilihan untuk memenangi pingat emas sekali lagi di stadium Maracana, Rio pada 19 Ogos.

“Kami selalu melihat bagi cabaran seterusnya kerana kami mahu mencapainya pad peringkat hebat seterusnya,” dia memberitahu laman sesawang US Soccer.

“Orang ramai menjangka kami menang, kami tahu apa yang akan dihadapi untuk menang dan ia hadir dengan peringkat berbeza dan pengorbanan.”

Brazil tidak pernah memenangi pingat emas bola sepak di Olimpik dan walaupun pasukan wanita tidak mempunyai tekanan yang sama dan jangkaan seperti pasukan lelaki, terdapat kepercayaan mereka boleh melakukan lebih baik berbanding kekalahan masa tambahan kepada AS dalam persaingan sukan 2004 dan 2008. – AFP