Breivik menang atas penahanan ‘tidak berperikemanusiaan’

Breivik menang atas penahanan ‘tidak berperikemanusiaan’

OSLO, 21 April – Pembunuh beramai-ramai warga Norway, Anders Behring Breivik semalam menang dalam tindakan mahkamahnya ke atas kerajaan berhubung pengurungan bersendiriannya ‘yang tidak berperikemanusiaan’ dalam penjara.

“Mahkamah telah membuat kesimpulan bahawa keadaan penjara merupakan layanan tidak berperikemanusiaan,” menurut mahkamah daerah Oslo dalam perintahnya. Menurutnya pengasingan pelampau sayap kanan itu dalam penjara selama lima tahun menyalahi Bab 3 Konvensyen Eropah berhubung Hak Asasi Kemanusiaan.

Hakim Helen Andenaes Sekulic walaubagaimanapun memerintahkan bahawa hak Breivik untuk berutusan surat, dijamin oleh Bab 8 konvensyen, tidak dicabuli.

Tahanan paling berbahaya Norway itu telah ditahan di unit penjara yang dikawal memandangkan dia telah membunuh 77 orang dalam amukan dengan menggunakan bom dan senapang pada tahun 2011, kekejaman teruk pada waktu aman di negara itu.

Peguam-peguam kerajaan mengatakan pengasingannya adalah wajar kerana Breivik ‘amat berbahaya’ dan berkata keadaannya yang mana termasuklah konsol permainan, mesin senaman dan tiga sel penjara yang boleh digunakannya bagi pelbagai kegiatan adalah ‘dalam had yang dibenarkan’ di bawah konvensyen Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA