‘Brekkie Wrap’ kini di Brunei

‘Brekkie Wrap’ kini di Brunei

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, McDonald’s Brunei telah memperkenalkan hidangan ringan terbaru dinamakan Brekkie Wrap yang akan menjadi menu tetapnya.

Hidangan sarapan pagi ini telah mula ditawarkan pada hari raya ketiga dengan pilihan sama ada dengan sosej atau rol ayam yang digulung bersama telur hancur dan potongan keju dalam tortilla gandum.

Hanya boleh didapati dari pukul 7 hingga 11 pagi, hidangan ini terdapat dalam set Bundle Brekkie Wrap bersama hashbrown berserta kopi atau teh.

Sementara itu, promosi Spice Up kentang Criss Cut yang diperkenalkan sebelum ini, boleh didapati sebagai hidangan sampingan Grand Spicy Chicken Burger atau Double Spicy Chicken McDelux dengan McFizz Passion bagi set McValue Sederhana.

Hidangan sarapan pagi Brekkie Wrap yang terbaru.
Hidangan sarapan pagi Brekkie Wrap yang terbaru.

Selain itu, Bubur Ayam Pedas juga boleh didapati pada saiz kecil atau besar yang mana promosi ini adalah terhad dan pelanggan boleh mendapatkannya dalam saiz besar dengan bayaran tambahan.

Semua hidangan boleh dinikmati di restoran, bawa balik atau penghantaran.

ARTIKEL YANG SAMA