Bremen pecat Viktor Skripnik

Bremen pecat Viktor Skripnik

BERLIN, 19 Sept – Werder Bremen memecat jurulatih, Viktor Skripnik selepas siri kekalahan ketiga berturut-turut dalam saingan Bundesliga dan yang terburuk dalam permulaan musim kelab itu.

Ini selepas Werder tumbang 1-4 kepada Borussia Moenchengladbach dan menjadikan kelab ini tercorot dengan tiada mata dan lebih buruk lagi bolos 12 gol dalam tiga perlawanan liga.

“Kami mengambil keputusan ini (pecat) kerana selepas perlawanan di Moenchengladbach, kami tidak lagi mampu untuk bangkit dengan pisitif,” kata pengarah sukan kelab, Frank Baumann.

Viktor Skripnik dipecat setelah gagal mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut. – AP
Viktor Skripnik dipecat setelah gagal mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut. – AP

Jurulatih Bawah 23 tahun, Alexander Nouri akan mengambil alih skuad utama sehingga penggantinya Skripnik, 46, bekas pemain antarabangsa Ukraine dinamakan.

Skripnik pernah bermain untuk Werder dan membantu menjulang kejuaraan liga pada tahun 2004.

Sebelum kalah dengan Moenchengladbach, Werder tewas kepada Bayern Munich (0-6) dan Augsburg (1-2). – AFP

ARTIKEL YANG SAMA