Bremen tersingkir pusingan pertama Piala Jerman

Bremen tersingkir pusingan pertama Piala Jerman

BERLIN, 22 Ogos – Kelab Bundesliga Jerman, Werder Bremen memulakan saingan musim baru dengan penyingkiran dalam kempen Piala Jerman selepas tewas 2-1 di pusingan pertama kepada kelab divisyen tiga, Sportfreunde Lotte, awal pagi hari ini.

Bremen yang dibimbing Viktor Skripnik ketinggalan di awal permainan menerusi jaringan pemain pertahanan, Matthias Rahn namun pemain kebangsaan Austria, Zlatko Junuzovic menyamakan kedudukan pada babak kedua. Bagitupun, Lotte kembali di depan apabila Andre Dej meledak gol pada minit ke-54 sekali gus kemenangan paling menakjubkan buat kelab itu yang menyingkirkan juara enam kali.

Bremen selepas ini akan memulakan kempen Bundesliga bertemu penyandang juara, Bayern Munich pada Ahad ini.

Tiada kejutan lain berlaku namun kebanyakan kelab-kelab di liga elit bergelut untuk merakam kemenangan selesa. Bayer Leverkusen juga hampir dikejutkan namun bangkit mencatat kemenangan 2-1 bertemu kelab divisyen lima, SC Hauenstein menerusi jaringan Javier Hernandez dan Karim Bellarabi. – AFP