Brendan Rodgers dipecat

Brendan Rodgers dipecat

LONDON, 5 Okt (Agensi) – Brendan Rodgers dipecat sebagai pengurus Liverpool, menurut kenyataan kelab berkenaan, sebentar tadi.

Pengendali dari Ireland itu dimaklumkan mengenai pemecatannya selepas Liverpool catat keputusan seri 1-1 dengan Everton di Goodison Park malam tadi waktu Brunei.

Rodgers yang pasukannya hanya memenangi satu daripada sembilan aksi dalam tempoh 90 minit permainan dimaklumkan mengenai pemecatannya itu oleh Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan Fenway Sports menerusi panggilan telefon.

Tidak dapat dipastikan siapa akan mengambil tempatnya itu selepas ini.

Brendan Rodgers telah dipecat oleh Kelab Bola Sepak Liverpool. – AFP
Brendan Rodgers telah dipecat oleh Kelab Bola Sepak Liverpool. – AFP

Kenyataan dari laman web Liverpool berbunyi seperti berikut: ‘Kelab Bola Sepak Liverpool mengumumkan Brendan Rodgers akan melepaskan jawatannya dengan serta merta selepas kontraknya ditamatkan.

Proses bagi melantik pengurus baharu sedang dilaksanakan’.

Dalam kenyataan bersama, pemilik Kumpulan Fenway Sports, John Henry; pengerusi, Tom Werner dan presiden kelab, Mike Gordon mereka menyatakan: “Kami mengucapkan terima kasih kepada Brendan Rodgers atas sumbangan signifikannya kepada kelab dan merakamkan penghargaan atas komitmen dan kerja kuatnya.”