Brent mungkin cecah AS$10 setong – Standard Chartered

Brent mungkin cecah AS$10 setong – Standard Chartered

SINGAPURA, 12 Jan (Reuters) – Hingga hari ini, harga minyak mentah sudah jatuh hampir 20 peratus berikutan peniaga mengunjurkan harga akan terus jatuh lagi tahun ini.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$30.66 satu tong pada penutupan tengah hari dagangan Asia, susut 75 cents daripada penutup sebelum ini dan kira-kira 20 peratus lebih rendah sejak awal tahun.

Pada sesi pagi ia diniagakan pada AS$30.60 satu tong, paras terendah sejak Disember 2003. Dagangan hadapan minyak mentah Brent jatuh 83 cents kepada AS$30.72 satu tong.

Terdahulu ia susut kepada AS$30.66, paras terendah sejak April 2004. Brent sudah jatuh hampir 20 peratus setakat ini tahun ini, iaitu jatuh pada setiap hari dagangan.

Data dagangan menunjukkan peniaga yang mengambil kedudukan pendek dalam kontrak WTI, yang bakal meraih keuntungan daripada kejatuhan lanjut harga, berada pada rekod tertinggi, mencadangkan ramai peniaga menjangka harga akan jatuh lagi.

Penganalisis turut menyelaras kepada ketidaktentuan harga pada awal tahun, dengan Barclays, Macquarie, Bank of America Merrill Lynch, Standard Chartered dan Societe Generale merendahkan ramalan harga bagi 2016 pada Isnin.

ARTIKEL YANG SAMA