Brent naik 3.0% kepada AS$37.38

Brent naik 3.0% kepada AS$37.38

NEW YORK, 30 Dis – Harga minyak melonjak tiga peratus pada Selasa, menebus kerugian pada sesi sebelumnya susulan cuaca sejuk yang mempengaruhi pembelian.

Bagaimanapun, peniaga berkata, harga kekal di bawah tekanan ekoran permintaan global perlahan dan lebihan bekalan daripada ahli OPEC.

Selepas ditutup, kumpulan industri Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan mingguan sebanyak hampir tiga juta tong dalam inventori minyak mentah AS, di luar jangkaan kebanyakan penganalisis dan peniaga.

Penanda aras minyak global, niaga hadapan minyak mentah Brent dan West Texas Intermediate (WTI) meningkat lebih AS$1 setong selepas ramalan cuaca menunjukkan Amerika Syarikat akan menerima suhu sejuk menyusul selepas musim luruh.

Harga minyak meningkat lebih banyak selepas laporan API dengan Brent mencatat kenaikan AS$1.17 atau 3.2 peratus kepada AS$37.79 setong.

Kira-kira 40 minit kemudian, kenaikan Brent menyederhana iaitu 76 sen kepada AS$37.38, manakala WTI yang ditutup tinggi AS$1.06 atau 2.9 peratus kepada AS$37.87 sebelum ini kembali menyederhana dengan kenaikan 52 sen kepada AS$37.33. – Reuters

Keadaan di sebuah telaga minyak di Texas dalam gambar fail 16 Mei 2015. Kumpulan industri API pada Selasa melaporkan peningkatan mingguan sebanyak hampir tiga juta tong dalam inventori minyak mentah. – Reuters
Keadaan di sebuah telaga minyak di Texas dalam gambar fail 16 Mei 2015. Kumpulan industri API pada Selasa melaporkan peningkatan mingguan sebanyak hampir tiga juta tong dalam inventori minyak mentah. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA