Brent susut 51 sen kepada AS$50.10

Brent susut 51 sen kepada AS$50.10

SINGAPURA, 30 Jun (Agensi) – Harga minyak susut pada sesi dagangan awal pada Khamis, dengan niaga hadapan Brent bergelut untuk mengekalkan paras AS$50 setong ekoran kebimbangan gangguan serangan di Norway semakin pudar dan pengeluaran Nigeria juga pulih.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan kepada AS$50.10 setong pada 0126 GMT, susut 51 sen, atau satu peratus daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) AS jatuh 38 cent atau 0.76 peratus kepada AS$49.50 setong.

Peniaga berkata, harga lebih rendah disebabkan unjuran bekalan yang semakin pulih.

Kebimbangan awal berhubung pemotongan pengeluaran mendadak susulan mogok oleh pekerja minyak dan gas Norway seolah-olah mengurangkan pengeluaran dari pengeluar terbesar North Sea yang boleh susut sekitar tujuh peratus, demikian menurut dari Direktorat Petroleum Norway.

Di Nigeria, serangan ganas ke atas infrastruktur minyak menjejaskan sekitar 600,000 tong daripada pengeluaran harian minyak kepada sekitar 1.25 juta tong sehari antara Januari hingga pertengahan Jun.

Namun, gencatan senjata sementara bermakna pengeluaran pulih sebanyak 200,000-300,000 bpd sejak dari itu.