Brent susut kepada AS$31.20 setong

Brent susut kepada AS$31.20 setong

SEOUL, 27 Jan – Niaga hadapan minyak mentah susut sekitar dua peratus hari ini, kembali ke arah paras AS$30 setong susulan aktiviti pengambilan untung mengatasi sebahagian daripada keuntungan pada sesi sebelumnya dengan harapan kepada pengurangan pengeluaran. Peningkatan lebih besar daripada jangkaan dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) juga memberi kesan kepada harga. Minyak mentah Brent susut 60 sen kepada AS$31.20 setong pada 0134 GMT, selepas ditutup AS$1.30, atau 4.26 peratus kepada AS$31.80 setong pada Selasa.

Minyak mentah AS susut 77 sen kepada AS$30.68 setong, selepas mencecah sesi rendah AS$30.30 setong. – Reuters