Brent turun AS$32.96 setong

Brent turun AS$32.96 setong

SINGAPURA, 11 Jan (Reuters) – Harga minyak mentah AS terus menurun lebih dua peratus dalam dagangan awal pagi ini apabila peniaga hilang keyakinan terhadap keupayaan pasaran untuk pulih dalam masa terdekat dengan menjangkakan harga akan terus menjunam.

Minyak Mentah AS West Texas Intermediate (WTI) menjunam lebih dua peratus ke paras rendah baharu 32.43 setong sebelum merangkak kembali ke paras AS$32.51 pada 0038 GMT, namun masih lebih rendah AS$0.65.

Penanda aras minyak mentah global Brent turun AS$0.59 iaitu hampir dua peratus kepada AS$32.96 setong.

Kejatuhan baharu pada dagangan pagi ini memburukkan lagi kejatuhan dalam dagangan minggu pertama lebih 10 peratus bagi harganya tahun ini.

Kawasan simpanan tangki minyak di Trans-Alaska Pipeline Marine Terminal di Valdez, Alaska. - Reuters
Kawasan simpanan tangki minyak di Trans-Alaska Pipeline Marine Terminal di Valdez, Alaska. – Reuters

Goldman Sachs turut menjangkakan kemungkinan minyak mentah akan mencecah AS$20, dan kekal dalam kitaran harga rendah sepanjang suku pertama dengan pengeluar terpaksa kembali menstruktur bajet masing-masing supaya sejajar dengan harga minyak dunia AS$40 setong pada 2016.

Ia diburukkan lagi dengan petunjuk yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan terhadap kenaikan harga minyak dalam masa terdekat apabila spekulator besar mengurangkan pemilikan kontrak minyak lebih rendah daripada 50,000 kontrak atau 50 juta tong dalam tempoh seminggu sehingga selasa, berdasarkan laporan mingguan agensi kerajaan AS yang menjejaki aktiviti pasaran komoditi pada Jumaat lalu.

ARTIKEL YANG SAMA