Brexit: Amaran kenaikan kos

Brexit: Amaran kenaikan kos

LONDON, 22 Mei (AFP) – Perdana Menteri Britain David Cameron memberi amaran kepada pengundi hari ini bahawa mereka akan berhadapan kos barangan runcit lebih tinggi jika negara itu memutuskan keluar daripada Kesatuan Eropah pada referendum 23 Jun depan, memetik satu potensi kejatuhan nilai mata wang sterling.

Cameron mengetuai kempen untuk mengekalkan Britain di dalam Kesatuan Eropah menjelang referendum, yang keputusannya boleh memberikan natijah lebih besar kepada ekonomi, peranannya dalam perdagangan dunia dan status diplomatik global.

Ulasannya menandakan satu perubahan taktik kempen oleh pihak ‘Kekal’ satu kempen untuk mendedahkan hubungan secara langsung antara risiko makroekonomi yang mendominasi debat Brexit setakat ini dan potensi impak mereka ke atas kehidupan seharian rakyat Britain.

“Satu mata wang lemah bermakna import lebih mahal; itu bermakna lebih banyak makanan mahal dan ia memacu kos perniagaan lebih tinggi. Dan kita semua tahu di mana ia akan berakhir: harga lebih tinggi di kedai-kedai,” Cameron menulis dalam akhbar Sun edisi Ahad.

Ketua kempen undi ‘Keluar’ Matthew Elliott mempertikaikan analisis kerajaan. - Reuters
Ketua kempen undi ‘Keluar’ Matthew Elliott mempertikaikan analisis kerajaan. – Reuters

Amaran itu datangnya daripada analisis kerajaan ke atas impak jangka pendek yang akan berlaku jika Britain keluar ke atas pengundi.

Menurutnya, bil purata mingguan sebuah keluarga bagi makanan dan minuman akan meningkat hampir tiga peratus atau 120 pounds setahun, dan kos pakaian dan kasut akan meningkat lima peratus atau 100 pounds setahun.

Manakala kempen ‘Keluar’ saingannya mempertikaikan analisis itu. “EU menaikkan harga-harga barangan dalam pasar raya kita kerana dasar perlindungannya. Itu bagus bagi perniagaan besar, namun ia tidak baik bagi keluarga-keluarga Britian,” kata Ketua Eksekutif Undian Keluar, Matthew Elliott.

Enam daripada sekurang-kurangnya tujuh tinjauan disiarkan dalam minggu lalu menunjukkan kempen ‘Kekal’ di hadapan, dan pada Sabtu dua penerima taruhan menawarkan keganjilan paling singkat ke tarikh ini ke atas undian untuk kekal.

ARTIKEL YANG SAMA