Brexit ancam keamanan Eropah – Cameron

Brexit ancam keamanan Eropah – Cameron

LONDON, 9 Mei (AFP) – Perdana Menteri David Cameron memberi amaran hari ini bahawa pengeluaran Britain (Brexit) dari Kesatuan Eropah (EU) akan mengancam keamanan pada benua itu, apabila kempen penting bagi pungutan suara bulan depan bermula selepas pilihan raya serantau.

“Pemencilan tidak pernah berjasa kepada negara ini dengan baik,” katanya dalam satu ucapan di Muzium Britain di London.

“Kami perlu masuk semula, dan selalunya pada kos yang lebih tinggi.”

Cameron berkata bahawa sementara Eropah berada dalam keamanan sejak akhir Perang Dunia II, ia adalah hampir dua dekad sejak perang Bosnia, sementara benua itu berdepan satu “permusuhan baru Rusia.”

“Bolehkah kita begitu pasti bahawa keamanan dan kestabilan pada benua kita terjamin tanpa sebarang bayangan keraguan?

David Cameron menyampaikan ucapannya di Muzium Britain di kota London. – AP
David Cameron menyampaikan ucapannya di Muzium Britain di kota London. – AP

“Adakah ia satu risiko yang berbaloi untuk diambil?

“Saya tidak akan gopoh untuk membuat andaian sebegitu.”

Cameron, yang inginkan Britain kekal berada dalam EU, memanggil untuk satu pungutan suara pada keahlian UK pada bloc itu untuk diadakan pada 23 Jun.

Kumpulan Kekal dan Pergi kini sama rata dengan 50 peratus setiap kumpulan, menurut laman sesawang ‘What UK Thinks’ pada undian pendapat enam terakhir.

Pada lewat hari ini pula, rakan Cameron dari Parti Konservatif, Boris Johnson, bekas datuk bandar London yang merupakan tokoh penting dalam kempen Pergi, juga memberikan hujahnya.

Kempen pungutan suara ini semakin rancak lagi selepas pilihan raya serantau dan tempatan minggu lepas yang melihatkan ahli parti Buruh Sadiq Khan dilantik sebagai datuk bandar London yang baru, dan parti nasionalis pro-kemerdekaan kembali berkuasa di Scotland, walaupun tanpa majoriti.

Parti Buruh ditewaskan ke tangga ketiga di Scotland, yang sebelum kawasan berpengaruh mereka, apabila Konservatif menjadi pembangkang rasmi kepada nasionalis.

Para pengkritik berkata parti Buruh sepatutnya melakukan lebih baik terhadap kerajaan Konservatif yang telah kehilangan sokongan ke atas pembaharuan kebajikan dan secara dalamnya berpecah menjelang pungutan suara pada keahlian Britain dalam EU.