Brexit ancam pertumbuhan

Brexit ancam pertumbuhan

ISE-SHIMA, Jepun, 27 Mei – Pemisahan Britain dari Kesatuan Eropah (EU) dalam referendum bulan depan boleh memberi kesan ekonomi yang membawa bencana, para pemimpin G7 memberi amaran hari ini pada penutupan sidang mesyuarat di Jepun.

Perkumpulan itu adalah yang terbaru yang memberikan amaran tentang kemungkinan bahaya meluas salah satu ekonomi terbesar di benua itu yang memilih untuk bersendirian.

“Pengunduran UK dari EU akan mengundurkan trend ke arah perdagangan dan pelaburan sejagat yang lebih luas dan pekerjaan yang dibentuknya dan seterusnya berisiko serius pada pertumbuhan,” kata mereka dalam pengisytiharan selepas rundingan yang sebahagian besarnya menumpu pada pelancaran ekonomi dunia.

Ulasan itu menekankan kebimbangan antarabangsa tentang kemungkinan apa dipanggil ‘Brexit’ ketika para pengundi Britain bersiap sedia bagi referendum 23 Jun untuk menentukan sama ada untuk meninggalkan gabungan 28 negara itu atau kekal.

Para pemimpin dan menteri dari negara berpengaruh dalam Kumpulan Tujuh mengulangi kebimbangan mereka di Jepun, meskipun mereka berhati-hati menekankan bahawa keputusan adalah terpulang kepada rakyat Britain.

Merkel (kanan) sedang mengadakan mesyuarat bersama pemimpin negara G7 yang lain di Ise-Shima semalam. – AFP
Merkel (kanan) sedang mengadakan mesyuarat bersama pemimpin negara G7 yang lain di Ise-Shima semalam. – AFP

“Sidang mesyuarat ini memberi isyarat kami semua berharap Great Britain kekal menjadi anggota EU,” Canselor Jerman Angela Merkel berkata, selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Britain, Kanada, Perancis, Itali, Jepun dan AS.

“Namun laluan keputusan perlu dibuat oleh para pengundi Britain,” tambah beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA