Brexit: Australia, NZ bergabung

Brexit: Australia, NZ bergabung

SYDNEY, 27 Jun (AFP) – Australia mengarahkan kajian segera hari ini ke atas kesan dari Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) dan berkata ia akan bekerjasama dengan New Zealand untuk merundingkan perdagangan baru dan urusan imigresen.

Kedua-dua negara berjiran trans-Tasman itu terkejut dengan keputusan orang awam Britain untuk keluar dari EU, dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull menyifatkannya ‘peralihan sangat besar’.

Beliau mengarahkan kajian dari Perbendaharaan, Bank Simpanan dan pengatur kewangan, dalam rundingan dengan London dan Brussels, tentang implikasi pemergian Britain itu, untuk dikemukakan minggu depan.

Turnbull berkata menangani kejatuhan bersama-sama Wellington munasabah dan selepas rundingan dengan rakan sejawatan dari New Zealand, John Key telah bersetuju untuk bekerjasama ke arah ‘usaha sama, rangka kerjasama.’

“Kami mempunyai kepentingan sama dengan jiran-jiran kami di New Zealand dan Perdana Menteri New Zealand John Key dan saya telah membincangkan implikasi Brexit hari ini dan terdapat banyak lagi rundingan,” kata Turnbull.

“Kami begitu banyak sekali kepentingan sama dari segi urusan, dari sudut pandangan perdagangan, dari pergerakan sudut pandangan orang.

“Terdapat beberapa isu besar dari segi kemasukan rakyat Australia dan New Zealand ke Eropah dan tentu saja ke United Kingdom, banyak sekali isu perlu ditangani.”

Australia akan mengundi pada Sabtu depan dan Turnbull berkata jika beliau kekal menjadi perdana menteri beliau akan menemui Key kelak selepas mengatur laluan ke hadapan dan ‘memastikan kami memaksimumkan sebarang peluang yang timbul dari perubahan ini.’

Canberra dan Wellington secara berasingan merundingkan perjanjian perdagangan bebas dengan EU dan sebaik saja Britain keluar akan juga melakukan yang sama dengan London.

ARTIKEL YANG SAMA