Brexit beri impak kecil pada Asia

Brexit beri impak kecil pada Asia

SINGAPURA, 5 Okt – Keputusan mengejut Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tidak akan memberi impak yang teruk kepada ekonomi-ekonomi Asia yang berkembang seperti yang dibimbangkan, kata Bank Dunia hari ini ketika ia meningkatkan ramalan pertumbuhannya bagi rantau itu tahun ini.

Negara-negara di rantau Mekong yang diketuai oleh Myanmar diunjurkan akan berkembang pada langkah pantas dalam masa tiga tahun, menurut bank dalam laporan kemas kini ke atas Asia Timur dan Pasifik, walaupun ekonomi Thailand diunjurkan lembap.

Ketua ahli ekonomis Asia, Bank Dunia, Sudhir Shetty berkata peningkatan bagi ekonomi serantau muncul selepas kumpulan berkenaan menyedari keputusan awal positif daripada undian 23 Jun oleh Britain untuk meninggalkan EU. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA