Brexit beri kelebihan kepada parti Australia

Brexit beri kelebihan kepada parti Australia

SYDNEY, 27 Jun (AFP) – Parti memerintah Australia hari ini menggunakan undian Brexit untuk memberi amaran agar tidak mengundi parti Buruh dalam pilihan raya akan datang ketika tinjauan menunjukkan Liberal mendahului buat kali pertama dalam kempen turun-naik itu.

Negara itu akan mengundi pada Sabtu dengan pengurusan ekonomi menjadi tumpuan penting susulan keputusan Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, mencetuskan ketidakstabilan global.

“Terdapat satu ketidakpastian buat beberapa ketika. Anda akan melihat setiap malam di televisyen saat-saat itu,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull di Adelaide, menegaskan kata-katanya susulan referendum. “Ia penting agar kita mengekalkan kepimpinan mantap, stabil.”

Isu berkaitan Brexit merupakan tema yang diutarakan oleh menteri-menteri Turnbull dengan Menteri Perbendaharaan Scott Morisson mengatakan: “Ia penting untuk kita meraih kestabilan buat masa ini, lebih daripada masa-masa lain.”

Turnbull mengumumkan pilihan raya tujuh minggu lalu, menetapkan satu kempen sukar yang menumpukan pengurusan ekonomi, dengan isu-isu seperti penghijrahan dan perubahan iklim menjadi latar belakangnya.

Orang ramai melintasi pelekat diletakkan di luar sebuah pusat mengundi di daerah perniagaan tengah Sydney, 27 Jun yang dibuka kepada pengundi yang tidak hadir pada hari mengundi kelak. Parti memerintah Australia menggunakan undian Brexit untuk memberi amaran agar tidak mengundi Buruh dalam pilihan raya akan datang ketika tinjauan menunjukkan Liberal mendahului buat kali pertama. – AFP
Orang ramai melintasi pelekat diletakkan di luar sebuah pusat mengundi di daerah perniagaan tengah Sydney, 27 Jun yang dibuka kepada pengundi yang tidak hadir pada hari mengundi kelak. Parti memerintah Australia menggunakan undian Brexit untuk memberi amaran agar tidak mengundi Buruh dalam pilihan raya akan datang ketika tinjauan menunjukkan Liberal mendahului buat kali pertama. – AFP

Kerajaannya menegaskan bahawa ia mempunyai pengetahuan fiskal bagi memastikan peralihan negara daripada kepesatan pelaburan perlombongan yang tidak dijangkakan kepada sebuah ekonomi yang pelbagai dan mencipta peluang pekerjaan baru.

Manakala parti Buruh pula menggunakan nilai-nilai tradisinya mengenai memperbaiki perkhidmatan kesihatan dan pendidikan dan sehingga kini kedua-dua parti saling berlumba-lumba mendahului dalam tinjauan pendapat.

Namun buat kali pertama kempen bermula, pakatan konservatif semakin mendahului menjelang satu tinjauan dalam akhbar The Australian memberikannya 51-49 peratus pendahuluan bagi kedua-dua parti.

Tinjauan ke atas 1,713 orang diambil pada malam Khamis sehingga Ahad, adalah yang pertama daripada kesan pengundian keputusan mengejut Brexit pada Jumaat.

Akhbar itu mengatakan pengunduran Britain daripada EU tampaknya mengakibatkan beberapa pengundi beralih dari parti kecil kepada Liberal.

Turnbull terus dianggap sebagai perdana menteri lebih baik berbanding saingannya dari Parti Buruh, Bill Shorten dan pakar strategi daripada kedua-dua belah parti memberitahu Sydney Morning Herald, mereka menjangkakan beliau akan kembali namun dengan majoriti berkurangan.

ARTIKEL YANG SAMA