Brexit: EU cegah perpecahan anggota lain

Brexit: EU cegah perpecahan anggota lain

B - graphicBRUSSELS, 29 Jun (AFP) – Para pemimpin Kesatuan Eropah hari ini akan menilai perpecahan yang dicetuskan dari keputusan Britain untuk keluar dari gabungan itu dan cuba mencegah perpecahan seterusnya, ketika mereka mengadakan pertemuan buat pertama kali tanpa wakil Britain.

Ketika gelombang mengejut melanda seluruh politik Britain, Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon juga dijangkakan berada di Brussels ‘benar-benar berazam’ untuk mengekalkan negaranya yang pro-EU meskipun berlakunya Brexit.

Pada sidang mesyuarat yang tegang lewat semalam, 27 negara anggota EU bersetuju memberi ruang untuk Britain, dengan menerima bahawa ia memerlukan waktu untuk menerima kejutan undi Brexit ini sebelum menumpu pada Bab 50 yang akan memulakan prosiding pengunduran rasmi.

Lima hari selepas Britain mengundi dengan 52 berbanding 48 untuk keluar dari gabungan itu, keadaan kacau meletus di pasaran kewangan sejagat, Presiden EU Donald Tusk berkata beliau memahami bahawa masa diperlukan ‘bagi kekaburan diselesaikan; sebelum langkah seterusnya boleh diambil.

Bagaimanapun Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker memberi amaran Britain tidak mempunyai tempoh bulan untuk berunding’ dan menjelaskan jadual waktu bagi memulakan Bab 50 – fasal perjanjian EU yang memulakan proses pengunduran dua tahun – selepas pengganti Cameron menduduki jawatannya pada awal September.

“Jika seseorang dari kumpulan ‘kekal’ akan menjadi perdana menteri Britain, ini perlu dilakukan dalam tempoh dua minggu selepas perlantikannya,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA