Brexit jadi tumpuan G20

Brexit jadi tumpuan G20

CHENGDU, China, 24 Julai – Britain mungkin melancarkan pakej perangsang kerajaan pada musim luruh ini untuk memerangi kesan negatif pengundiannya untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, kata menteri kewangannya hari ini.

“Kami mempunyai opsyen respons fiskal, dan kami akan melakukannya berdasarkan jadual masa biasa kami pada musim luruh,” beritahu Philip Hammond mengenai isu sampingan mesyuarat menteri-menteri kewangan G20 di bandar China Chengdu.

Kata-kata beliau keluar selepas data tinjauan pada Jumaat menunjukkan ekonomi Britain terjejas oleh pengundian Brexit pada bulan lalu dan menghadapi ‘kemerosotan mendadak’ dalam aktiviti.

Hammond berkata angka aktiviti perniagaan sektor swasta ‘menekankan terjejasnya keyakinan akibat ketidakpastian yang telah ditimbulkan oleh keputusan referendum’.

“Hakikatnya adalah wujudnya perasaan tidak pasti sehingga berakhirnya rundingan kami dengan Kesatuan Eropah,” tambah beliau.

Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat bergambar ramai semasa mesyuarat menteri-menteri kewangan G20 di Chengdu, wilayah Sichuan China pada 24 Julai. – AFP
Menteri-menteri kewangan dan gabenor bank pusat bergambar ramai semasa mesyuarat menteri-menteri kewangan G20 di Chengdu, wilayah Sichuan China pada 24 Julai. – AFP

Terdapat tempoh dua tahun untuk rundingan dari masa Britain mencetuskan klausa Artikel 50, sesuatu yang telah diisyaratkan tidak mungkin dilakukan oleh Perdana Menteri baru Britain Theresa May sehingga tahun depan.

Namun Hammond menambah: “Ketidakpastian hanya akan berakhir apabila perjanjian dicapai.”

Beliau berkata Brexit telah menjadi ‘topik perbincangan utama’ pada mesyuarat G20, di mana ketua kewangan dari beberapa negara paling berpengaruh di dunia dan negara membangun berkata Brexit menimbulkan risiko kepada pertumbuhan ekonomi global.

Hammond enggan memberikan butir-butir mengenai langkah perangsang tersebut. Kerajaan biasanya menambah perbelanjaan ketika kemelesetan untuk mengimbangi aktiviti sektor swasta yang merosot.

Data ekonomi yang diperoleh pada musim luruh akan membenarkan London “mencapai keputusan mengenai sama ada satu perangsang fiskal diperlukan,” kata beliau. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA