Bridgeston Jepun ingin gabung dengan Pep Boys

Bridgeston Jepun ingin gabung dengan Pep Boys

SAN FRANCISCO, 25 Dis (AFP) – Bridgestone meningkatkan bidaannya kelmarin bagi rangkaian perkhidmatan auto Amerika Syarikat (AS), Pep Boys, satu gabungan yang akan menaikkan kedudukannya di tangga teratas dalam perniagaan penyelenggaraan kenderaan AS.

Bridgestone yang sudah menjadi pembuat tayar terbesar di dunia, meningkatkan tawarannya bagi syarikat AS kepada AS$17 sesaham, dari tawaran terakhirnya sekitar AS$15.

Rangsangan bidaan itu membawa kepada nilai keseluruhan perjanjian tersebut kepada kira-kira AS$947 juta, menurut siaran akhbar dari kedua-dua buah syarikat.

Menerusi gabungan itu, Bridgestone akan menambah 800 lokasi Pep Boys AS, dan perkhidmatan penyelenggaraan kereta, ke dalam 2,200 cawangan AS.

“Sebagai tambahan kepada sejarah panjang dan berjaya dalam industri ini, Pep Boys dan Bridgestone berkongsi visi sama bagi masa depan – untuk meneruskan lagi membina yayasan 100 tahun ini untuk membentuk syarikat yang lebih kukuh, yang terkenal bagi komitmennya untuk menjadi pembekal dipercayai dalam perkhidmatan automotif di seluruh kawasan yang menggunakan perkhidmatannya,” kata Presiden Operasi Runcit Bridgestone, Stu Crum.