Britain adakan mesyuarat darurat

Britain adakan mesyuarat darurat

LONDON, 27 Dis – Kerajaan Britain telah mengadakan rundingan darurat hari ini ketika banjir di utara England memaksa ratusan orang untuk meninggalkan kediaman mereka, termasuk di destinasi pelancongan bersejarah York.

Perdana Menteri David Cameron telah mempengerusikan sidang video bagi jawatankuasa kecemasan COBRA ketika banjir mengakibatkan huru-hara kepada ahli keluarga yang menyambut cuti Krismas.

Kira-kira 250 amaran banjir telah ditempatkan di seluruh negara, dengan 24 daripadanya teruk, dengan boleh memberi kemudaratan kepada nyawa.

Lebih banyak hujan turun dijangka di kawasan itu hari ini walaupun turunan hujan tidak dijangka teruk seperti kelmarin.

Setiausaha Alam Sekitar, Liz Truss memberitahu BBC bahawa sejumlah hujan yang turun ‘tidak pernah berlaku dahulu’.

Perkhidmatan kecemasan mencari penduduk yang terkandas di kediaman mereka dengan menelusuri jalan-jalan di York, utara England yang dilanda banjir pada 27 Disember. – Reuters
Perkhidmatan kecemasan mencari penduduk yang terkandas di kediaman mereka dengan menelusuri jalan-jalan di York, utara England yang dilanda banjir pada 27 Disember. – Reuters

“Kami masih dalam situasi dengan amaran banjir besar. Orang ramai perlu melihat makluman terkini dari Agensi Alam Sekitar, dari perkhidmatan kecemasan,” tambahnya.

“Perkara ini sangat penting kerana dalam kebanyakan tempat kami belum lagi mencapai takat bahaya.”

Polis telah menasihatkan kepada kira-kira 400 orang untuk berpindah dan memindahkan barangan ke tingkat atas rumah mereka, yang terletak berhampiran sungai di York.

Ratusan orang juga telah dipindahkan dari beberapa bahagian Yorkshire dan Lancashire dan tentera telah dikerahkan untuk membantu dengan respons banjir.

Lebih 7,000 buah rumah di Greater Manchester dan Lancashire juga tanpa bekalan elektrik akibat banjir.

Dengan jalan-jalannya yang diturap batu buntar dan bangunan kayu, York merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong utama di Britain.

Ia kaya dengan sejarahnya sejak zaman Roman dan rumah kepada salah satu gereja Eropah yang berusia kira-kira 800 tahun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA