Britain akan bina loji nuklear

Britain akan bina loji nuklear

BEIJING, 21 Sept (AFP) – Britain menjanjikan 2 bilion paun (AS$3.1 bilion) hari ini bagi loji nuklear dijangka dibina di England oleh sebuah konsortium, termasuklah firma-firma China, dan loji ini akan menjadi stesen tenaga baru pertama seumpamanya bagi England dalam tempoh beberapa dekad.

Canselor George Osborne mengumumkan pembiayaan ketika lawatan ke China, dengan mengatakan loji Hinkley Point adalah perlu untuk memenuhi keperluan tenaga Britain kerana kilang arang batu dan loji nuklear lebih lama tidak digunakan lagi.

Konsortium yang diketuai oleh sebuah syarikat tenaga Perancis, EDF dijangka akan membuat keputusan muktamad tahun ini tentang sama ada akan melabur dalam loji itu, tetapi ketua eksekutif firma itu menyambut baik jaminan pembiayaan.

“Kelulusan canselor akan jaminan infrastruktur adalah bayangan jelas komitmen kerajaan kepada Hinkley Point C,” Vincent de Rivas dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan dari Perbendaharaan Britain.

EDF adalah kontraktor unggul dalam konsortium, yang juga termasuklah firma-firma yang dikendali kerajaan China, iaitu China General Nuclear Corporation dan China National Nuclear Corporation.

Perdana Menteri China, Li Keqiang (kanan) berjabat tangan dengan Canselor Britain, George Osborne sebelum mesyuarat mereka di Beijing pada 21 September. – AFP
Perdana Menteri China, Li Keqiang (kanan) berjabat tangan dengan Canselor Britain, George Osborne sebelum mesyuarat mereka di Beijing pada 21 September. – AFP

Syarikat-syarikat China dijangka sebahagian besarnya membiayai dan mendapat pegangan kira-kira 40 peratus dalam projek ini, yang akan mempunyai dua reaktor baru yang diharapkan oleh pihak berkuasa akan menjana tujuh peratus elektrik Britain.

Pengumuman dibuat ketika lawatan lima hari Osborne yang mana ketika lawatan itu dia akan menggesa bagi hubungan perdagangan lebih rapat dengan ekonomi kedua terbesar dunia itu, meskipun ketika kebimbangan sejagat tentang kesihatan ekonomi negara itu.

“Kami sangat mengalu-alukan pelaburan China bukan saja dalam projek itu tetapi juga potensi bagi majoriti pelaburan China dalam projek nuklear akan datang di AS,” dia memberitahu para pemberita.

Keputusan muktamad berhubung pelaburan dalam loji nuklear mungkin dibuat ketika lawatan ke Britain oleh Presiden China Xi Jinping pada bulan depan.

ARTIKEL YANG SAMA