Britain akan diterajui PM wanita

Britain akan diterajui PM wanita

LONDON, 8 Julai – Britain akan mempunyai Perdana Menteri wanita pertama sejak Margaret Thatcher selepas Theresa May dan Andrea Leadsom berjaya memasuki senarai pendek untuk menjadi pemimpin mengemudi negara itu keluar daripada pakatan Kesatuan Eropah (EU).

“Siapa yang akan menjadi Maggie baru?” menurut tajuk muka depan akhbar Daily Mail selepas May menang 199 undian daripada 329 ahli perundangan Konservatif yang mengambil bahagian dalam pengundian bagi pemimpin parti dan Perdana Menteri seterusnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA