Britain beri suaka kepada lelaki Sudan

Britain beri suaka kepada lelaki Sudan

CANTERBURY, England, 5 Jan (Reuters) – Britain telah memberikan suaka kepada seorang lelaki Sudan yang menjadi tajuk berita sejagat pada Ogos lalu apabila dia berjalan sejauh 50km melalui Selat Channel dari Perancis ke England, yang memperlihatkan keadaan terdesak kebanyakan penghijrah yang mencari kehidupan lebih baik di Eropah.

Abdul Haroun, yang diberkas di penghujung selat Inggeris pada 4 Ogos dan didakwa mengganggu landasan kereta api di bawah undang-undang samar Abad ke 19, telah ditahan dipenjara sejak itu dan dijangka berdepan perbicaraan pada bulan ini.

Dalam perbicaraan singkat pada Isnin di Mahkamah Canterbury Crown yang mana Haroun muncul melalui video-link dari penjara dan hanya bercakap untuk mengesahkan namanya,pendakwa bernama Philip Bennetts berkata Haroun telah berikan suaka pada 24 Disember.