Britain buka bidaan kontrak HS2

Britain buka bidaan kontrak HS2

BEIJING, 24 Sept (AFP) – Menteri kewangan Britain George Osborne berkata hari ini pembidaan akan dibuka untuk kontrak berjumlah 11.8 bilion paun untuk membina sebuah landasan kereta api berkelajuan tinggi di England.

Projek High Speed Two (HS2) bertujuan mewujudkan hubungan yang lebih cepat di antara London dan Bandar ke utara, bermula dengan Birmingham.

Dengan harapan dapat menarik pelaburan China, Osbourne mengumumkan pembukaan tujuh kontrak baru di bandar barat daya Chengdu, pada akhir lawatan lima hari.

“Adalah penting perniagaan dan komuniti dari seluruh UK menikmati faedah penuh daripada jalinan hubungan ekonomi yang lebih rapat dengan China,” kata Osborne, menurut kenyataan kerajaan Britain.

Osborne berkata hubungan kereta api akan merangsang pembangunan ekonomi di kawasan tengah dan utara England, tetapi pengkritik bimbang hubungan tersebut akan memusnahkan hutan jarang dan kawasan desa dan menukar bandar utara kepada bandar pengangkutan untuk London.

George Osborne meninggalkan pentas selepas memberi ucapan di Bursa Saham Shanghai di Shanghai pada 22 September. – AFP
George Osborne meninggalkan pentas selepas memberi ucapan di Bursa Saham Shanghai di Shanghai pada 22 September. – AFP

“Kerajaan ini komited untuk mengimbangi semula ekonomi kami dan membina Kuasa Besar Utara, dan mempertingkat pengangkutan dan pelancaran HS2 merupakan kunci untuk menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang di seluruh kawasan Utara dan Tengah,” kata Osborne.

HS2 masih belum diluluskan oleh parlimen tetapi pelan akhir adalah untuk melanjutkan landasan ke utara England ke bandar Manchester dan Leeds.

Peringkat pertama kontrak akan merangkumi pembinaan terowong dan laluan permukaan di antara London dan Birmingham, yang dijangka memendekkan masa perjalanan daripada satu jam 20 minit kepada 50 minit.

Pada awal perjalanannya, Osborne mengumumkan bank pusat China akan mengeluarkan bon dalam mata wang yuan di London, dan berkata satu kajian keboleh-laksanaan akan menimbang untuk menghubungkan bursa saham London dan Shanghai.

Canselor berharap untuk mengesahkan pelaburan China ke dalam kilang kuasa baru di Hinkley Point di England, dan telah berjanji jaminan kerajaan sebanyak 2 bilion paun dalam bidaan untuk mendapatkan perjanjian itu.