Britain buka semula kedutaan di Iran

Britain buka semula kedutaan di Iran

TEHRAN, 23 Ogos (AFP) – Setiausaha luar Britain membuka semula kedutaannya di Tehran hari ini dalam langkah yang lama dinanti-nantikan mengisyaratkan hubungan yang lebih baik empat tahun selepas perusuh menyerbu perkarangan, memaksa ia ditutup.

Kunjungan Philip Hammond diadakan lima minggu selepas Britain dan lima kuasa dunia lain mencapai satu perjanjian dengan Iran untuk menamatkan perbalahan 13 tahun berhubung program nuklear republik Islam itu.

Beliau memasuki kedutaan pada tengah hari dan mengadakan acara sejurus selepas itu di taman bersama Ajay Sharma, duta baru yang akan menjadi diplomat tertinggi Britain di Tehran.

Kedutaan Iran di London juga akan dibuka pada hari ini. Kedua-dua negara dijangka melantik duta pada bulan-bulan akan datang.

Hammond dijangka mengadakan persidangan akhbar dengan Mohammad Javad Zarif. Menteri luar Iran dan perunding utama dalam rundingan hampir dua tahun yang berjaya menamatkan pemulauan Tehran daripada Barat.

Pasukan keselamatan Iran berkawal ketika Setiausaha Luar Britain Philip Hammond tiba dengan kereta rasminya di bangunan kedutaan negaranya pada 23 Ogos 2015 di ibu negara Tehran. – AFP
Pasukan keselamatan Iran berkawal ketika Setiausaha Luar Britain Philip Hammond tiba dengan kereta rasminya di bangunan kedutaan negaranya pada 23 Ogos 2015 di ibu negara Tehran. – AFP

“Tiba di Tehran. Lawatan Menteri Britain pertama sejak 2003. Saat-saat bersejarah dalam hubungan UK-Iran,” tulis Hammond di Twitter.

Pegawai Eropah telah melawat Tehran sejak 14 Julai, apabila perjanjian nuklear dengan Britain, China, Perancis, Jerman, Rusia dan Amerika Syarikat diumumkan di Vienna.

Perjanjian itu akan melihat pembatalan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Iran, sebagai tukaran kepada kawalan ke atas aktiviti nuklearnya.

Perjanjian itu telah membangkitkan minat dari negara yang berusaha menjalin hubungan dengan republik Islam itu, di mana 78 juta penduduknya juga dilihat sebagai satu pasaran yang belum dieksploitasi untuk industri lain.