Britain, China dijangka meterai kontrak perniagaan

Britain, China dijangka meterai kontrak perniagaan

LONDON, 21 Okt – Britain dan China dijangka memeterai kontrak perniagaan bernilai berbilion dolar hari ini, hari kedua lawatan Presiden Xi Jinping ke negara itu, termasuk kilang tenaga nuklear pertama Britain dalam beberapa dekad.

Pemimpin telah mengalu-alu lawatan Xi sebagai satu peristiwa penting dalam hubungan di antara kedua-dua negara, tatkala Perdana Menteri David Cameron memberikan sambutan meriah untuk menarik pelaburan China.

Xi dijangka mengeluarkan satu kenyataan mengenai kilang nuklear Hinckley Point C di barat daya England, di mana pelabur China akan mengambil satu pertiga daripada saham, menurut Financial Times.

Syarikat minyak Britain BP dan China National petroleum Corporation juga akan bersetuju untuk memajukan bersama projek di China dan tempat lain.

EDF dari Perancis adalah kontraktor utama dalam projek nuklear bernilai 24.5 bilion pound.

“Bersama dengan pembekal dan rakan kami, kami telah mewujudkan satu rangkaian bekalan yang sudah bersedia untuk membina Hinckley Point C, yang akan membantu UK memenuhi keperluan akan datang untuk elektrik karbon rendah,” kata ketua eksekutif EDF Energy Vincent de Rivaz.

Xi Jinping semasa mengadakan lawatan di Imperial College London hari ini, ketika berada di negara itu yang dijangka akan memeterai kontrak perniagaan bersama Britain. – AFP
Xi Jinping semasa mengadakan lawatan di Imperial College London hari ini, ketika berada di negara itu yang dijangka akan memeterai kontrak perniagaan bersama Britain. – AFP

Projek itu akan mewujudkan lebih 25,000 pekerjaan dan membekal elektrik kepada enam juta rumah, dan tertakluk kepada kelulusan daripada menteri-menteri, menurut Jabatan Tenaga dan Peurbahan Iklim Britain.

Kerajaan Britain telah berkata perjanjian bernilai lebih 30 bilion pound akan ditandatangani ketika lawatan empat hari itu.

Perjanjian lain yang dijangka diumumkan pada hari ini adalah perkongsian ‘kreatif dan teknologi’ bernilai 325 juta pound, menurut pejabat Cameron.

Ia termasuk satu perjanjian berjumlah 50 juta pound di antara pengeluar kereta Aston Martin dan China Equity untuk mengeluarkan kereta sports pengeluaran rendah, perjanjian media untuk mengedar BBC dan hiburan China, dan Muzium Victoria dan Albert London membuka sebuah muzium reka bentuk di bandar Shenzhen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA