Britain, Eropah tangani isu Brexit

Britain, Eropah tangani isu Brexit

LONDON, 27 Jun (AFP) – Perdana Menteri Britain David Cameron akan menghimpunkan kabinetnya hari ini pada permulaan minggu yang genting bagi para pemimpin Eropah selepas undian mengejutkan negara itu untuk keluar dari EU, dalam usaha untuk menghindari kekacauan seterusnya.

Menteri Kewangan George Osborne akan juga bersuara dan cuba meyakinkan pasaran-pasaran kewangan ekoran undian penting Brexit, yang telah mencetuskan kebimbangan perpecahan United Kingdom dengan Scotland bersaing bagi meraih kemerdekaan.

Setiausaha Negara AS John Kerry dijangka berada di London lewat hari ini selepas singgah di Brussels, manakala para pemimpin Jerman, Perancis dan Itali akan mengadakan pertemuan di Berlin.

Tiga hari selepas Cameron mengumumkan perletakan jawatannya, pemimpin parti pembangkang, Parti Buruh Jeremy Corbyn juga berdepan tekanan untuk meletak jawatan, dengan beberapa anggota tertingginya meletak jawatan semalam.

Kuasa-kuasa EU menggesa pemisahan pantas di tengah kebimbangan kesan susulan undi keluar dalam negara-negara anggota mencurigai Euro yang mungkin membahayakan integriti gabungan 28 negara.

Cameron akan menghimpunkan kabinet-nya pada permulaan minggu yang genting bagi para pemimpin Eropah selepas undian mengejutkan negara itu untuk keluar dari EU, dalam usaha untuk menghindari kekacauan seterusnya. - AFP
Cameron akan menghimpunkan kabinet-nya pada permulaan minggu yang genting bagi para pemimpin Eropah selepas undian mengejutkan negara itu untuk keluar dari EU, dalam usaha untuk menghindari kekacauan seterusnya. – AFP

Tetapi Cameron berkata rundingan tentang pemergian Britain mesti sehingga seorang pengganti dipilih dari parti Konservatif beliau, yang mungkin selewat-lewatnya Oktober.

Ketua Parlimen Eropah Martin Schulz memberi amaran semalam bahawa tempoh diawang-awangan mungkin membawa kepada keadaan yang malah lagi tidak selamat dan berkata sidang mesyuarat para pemimpin EU esok, yang akan dihadiri Cameron adalah ‘masa sesuai’ untuk memulakan prosiding keluar.

Tetapi para diplomat EU semalam memberi amaran bahawa Britain ‘mungkin tidak pernah’ mencetuskan proses rasmi berpisah – Bab 50 Perjanjian Lisbon 2007 yang akan menetapkan tempoh dua tahun untuk Britain merundingkan pemisahannya.

Kerry yang berada di Rome bagi rundingan, melahirkan kekesalan di atas keputusan Britain untuk menjadi negara EU pertama keluar dari gabungan itu dan berikrar Washington akan mengekalkan hubungan rapat dengan gabungan 28 negara itu.