Britain, EU lihat pembaharuan perjanjian

Britain, EU lihat pembaharuan perjanjian

BRUSSELS, 15 Jan (Reuters) – Menteri luar Britain dan seorang pegawai kanan EU yang terbabit dalam rundingan untuk membantu mengekal Britain dalam Kesatuan Eropah berkata semalam satu perjanjian mungkin dicapai dalam beberapa minggu.

Perdana Menteri David Cameron telah mendesak pembaharuan kepada peraturan EU, dijangka dipersetujui oleh rakan pemimpin negara pada satu sidang kemuncak dalam masa lima minggu, yang akan membenarkannya berkempen untuk kekal dalam blok dalam satu referendeum yang mungkin diadakan seawalnya pada Jun.

Setiausaha luar negeri beliau, Philip Hammond, berkata ketika satu lawatan ke Turki bahawa London dan Brussels hampir-hampir mencapai satu perjanjian. Britain berusaha mengawal bayaran kebajikan kepada pekerja penghijrah dari negara EU lain, tidak terhalang oleh perjanjian EU kecuali berlakunya diskriminasi ke atas pekerja EU berdasarkan kerakyatan.

“Kami semakin hampir tetapi kami belum sampai ke tahap itu,” kata beliau. Perunding sedang mengusahakan cadangan yang boleh diedar kepada pemimpin sebelum mereka bertemu di Brussels untuk sidang kemuncak Majlis Eropah akan datang pada 18-19 Februari.

ARTIKEL YANG SAMA