Britain halangan besar – Hewitt

Britain halangan besar – Hewitt

AUSTRALIA, 20 Julai – Wira pasukan Lleyton Hewitt berkata akan sukar bagi Australia untuk memenangi Piala Davis tahun ini selepas mengetahui lawan mereka pada perlawanan separuh akhir ialah Andy Murray dari Great Britain yang akan berlangsung pada bulan September.

Australia, pemenang sebanyak 28 kali, bangkit semula dari kekalahan 0-2 untuk memintas Kazakhstan 3-2 di Darwin semalam dengan Hewitt, 34 tahun memenangi perlawanan perseorangan kelima.

Pemain nombor tiga dunia Murray memantapkan epik perlawanan separuh akhir Piala Davis, apabila dia menerajui kemenangan suku akhir Great Britain 3-1 ke atas Perancis di London.

Hewitt, yang akan mengambil alih sebagai kapten tidak akan bermain bagi pasukan Australia tahun depan, selepas kemenangan semalam berkata dia tahu cabaran sukar bagi pasukan pemain mudanya.

“Kami di pihak yang lebih sukar,” katanya. “Argentina berdepan Belgium di perlawanan separuh akhir lain,” yang mungkin bahagian lebih lemah.”

Hewitt, yang berhasrat menambah gelaran Piala Davis yang dimenanginya dalam tahun 1999 dan 2003, berkata dalam tempoh tiga atau empat tahun lalu perlawanan ini telah menjadi sebesar Grand Slam bagi dirinya.

“Apabila saya membuat jadual saya, segala-galanya berkisar sekitar Piala Davis dan cuba mendapatkan kebanyakannya dari diri saya sendiri,” ujarnya.

“Saya merasakan seperti saya masih boleh memainkan peranan sebagai mentor dalam pasukan pada masa ini, terutamanya di gelanggang regu.

“Tetapi pemain-pemain muda ini (seperti Nick Kyrgios dan Thanasi Kokkinakis) adalah masa depan pasukan kami, dan pada masa ini saya hanya cuba membantu mereka seboleh yang mungkin.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA