Britain julang Piala Davis

Britain julang Piala Davis

GHENT, Belgium, 30 Nov (dpa) – Andy Murray berlutut dan kemudian berbaring di atas gelanggang tanah liat dalam keadaan gembira semalam selepas memenangi trofi bersejarah Piala Davis bagi Britain ketika pemain dari Scotland itu mencatatkan kemenangan 3-1 pada hujung minggu dalam persaingan akhir menentang Belgium.

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan David Goffin 6-3, 7-5, 6-3 untuk memberikan gelaran pertama Piala Davis bagi negara itu dalam tempoh 79 tahun dengan kemenangan perseorangan di bawah tiga jam.

“Semua orang berkata bumbung begitu rendah di sini, jadi ia adalah menarik untuk menyudahkannya,” kata Murray yang dalam keletihan, yang beraksi dan memenangi kesemua tiga persaingan hujung minggu dalam persaingan berpasukan antarabangsa.

“Saya pasti kami akan meraikan kejayaan ini, semua orang bersemangat malam ini. Kami menikmatinya, kami mungkin tidak mendapatkan peluang ini sekali lagi.”

Kejayaan di depan 13,000 peminat di atas gelanggang tanah liat di Flanders Expo menandakan kali pertama sejak 1936 Britain memenangi trofi itu.

Pasukan Britain meraikan kemenangan Piala Davis bersama Andy Murray (tengah) selepas Murray menumpaskan pemain Belgium, David Goffin di Flanders Expo di Ghent, Belgium, pada 29 November 2015. – Agensi
Pasukan Britain meraikan kemenangan Piala Davis bersama Andy Murray (tengah) selepas Murray menumpaskan pemain Belgium, David Goffin di Flanders Expo di Ghent, Belgium, pada 29 November 2015. – Agensi

“Saya berasa teruja, saya tidak pernah menyangka kami berpeluang untuk melakukan ini — saya tidak percaya kami berjaya melakukannya,’ kata Murray, pemenang gelaran lapan kali perseorangan Piala Davis dan tiga dari dua kejayaannya dalam kempen 2015.

“Ia adalah tahun sukar yang luar biasa, kami memenangi pertandingan besar. Semua orang beraksi pada peringkat tinggi dan kami berpeluang dalam setiap Piala Davis yang kami sertai.”

Pemain nombor dua ATP itu menyertai John McEnroe dan Mats Wilander sebagai lelaki ketiga yang mengumpulkan rekod 8-0 dalam semusim sejak Kumpulan Dunia bermula pada 1981.

Belgium tewas dalam persaingan Davis pada 1904, juga tewas kepada pasukan dari British.

Di antara yang pertama untuk memberikan penghormatan kepada Murray dan pasukan adalah perdana menteri, David Cameron, yang melaungkan “Kemenangan hebat Piala Davis” dalam satu kenyataan ketika kunjungan ke ibu negara Belgium, Brussels.

“Tahniah kepada Andy Murray, Jamie, kepada pasukan British. Gelaran pertama dalam tempoh 79 tahun. Pasti menggembirakan semua orang di negara itu, dan tahniah saya kepada mereka,” kata Cameron.