Britain kaji semula strategi tenaga

Britain kaji semula strategi tenaga

LONDON, 17 Ogos – Keputusan Britain untuk melengahkan projek Francis-China untuk membina loji tenaga nuklear pertamanya dalam tempoh satu generasi telah mencetuskan spekulasi bahawa kerajaan baru sedang mengkaji strategi tenaganya untuk meningkatkan peranan yang boleh dibaharui.

Perdana Menteri Theresa May tidak memberikan alasan jelas melengah-lengahkan kelulusan muktamad loji Hinkley Point, dengan jurucakapnya hanya mengatakan bahawa itu ‘adalah keputusan amat penting yang mesti yang betul.”

Para pengkritik menyebutkan tentang kos besar projek itu yang bernilai £18 bilion dan juga kebimbangan keselamatan tentang penglibatan kumpulan tenaga besar China, CGN.

Mereka juga mempersoalkan sama ada syarikat besar tenaga Perancis, EDF boleh mengadakan reaktor terbaru EPR yang telah dibelenggui kelambatan dan kos projek yang melampaui waktu di Perancis dan Finland.

Yang lain bertanya jika loji nuklear baru adalah jalan terbaik untuk menangani keperluan tenaga Britain, ke-tika waktu kemajuan dalam tenaga angin yang boleh dibaharui, sumber tenaga yang memberi harapan di negara pulau itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA