Britain kejutkan China

Britain kejutkan China

pg23_160812_olympic logo

RIO DE JANEIRO, 11 Ogos – Tidak ada istilah sapu bersih pingat emas di kolam terjun Olimpik yang berwarna hijau di Rio.

Britain mengejutkan China untuk memenangi acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki, melalui Jack Laugher dan Chris Mears dengan mata keseluruhan 454.32 mata bagi pingat emas pertama terjun negaranya dalam sejarah Olimpik.

“Apabila keputusan keluar dan sudah jelas mengatakan kami menang, saya seperti ‘Tidak, ada seseorang yang saja mengenakan saya’,” kata Mears.

“Ia adalah gila, pastinya gila tetapi saya cukup teruja.” Gandingan Amerika Syarikat, Sam Dorman dan Mike Hixon membawa pulang perak dengan 450.21 mata.

Pasangan China, Cao Yuan dan Qin Kai pula meraih gangsa dengan 443.70 mata, mengakhiri rekod bersih lapan pingat di Sukan Olimpik Rio. Pasangan China sudah pun mengumpul tiga pingat pertama seirama yang dipertandingkan.

Di Pusat Akuatik Maria Lenk yang masih berwarna hijau pada hari kedua berturut-turut, pegawai pertandingan berusaha untuk mengurangkan alkali di dalam air yang dikatakan penyebab kolam bertukar warna daripada biru kepada hijau keruh.

“Berada jauh daripada United Kingdon, kami sudah biasa dengan hujan, angin dan semua perkara itu,” kata Laugher.

Qin sebelum itu cuba memenangi pingat emas ketiga berturut-turut 3m seirama dengan gandingan berbeza buat kali ketiga.

Tetapi penerjun berumur 30 tahun itu – yang tertua dalam saingan terjun dan mengumpul lima pingat Olimpik – merosot dalam pusingan ketiga, menyebabkan gandingan itu berada di belakang Britain. – AP

ARTIKEL YANG SAMA