Britain latih anggota keselamatan tangani keganasan

Britain latih anggota keselamatan tangani keganasan

LONDON, 16 Nov (AFP) – Britain akan merekrut tambahan 1,900 kakitangan keselamatan dan perisikan untuk menangani ancaman keganasan pengganas ekoran serangan yang membawa maut di Paris, lapor media Britain hari ini.

Langkah itu adalah ‘pertambahan terbesar dalam perbelanjaan keselamatan Britain sejak pengeboman 7/7 di London, yang mengorbankan berbelas-belas dalam tahun 2005 dan akan diumumkan oleh Perdana Menteri David Cameron lewat hari ini, menurut Guardian.

“Saya bertekad mengutamakan sumber yang perlu untuk memerangi ancaman pengganas kerana melindungi rakyat Britain adalah tugas nombor satu saya sebagai perdana menteri,” Cameron akan mengatakan dalam pengumuman akan datang, menurut surat khabar itu.

“Ini adalah perjuangan generasi yang menuntut kia menyediakan lebih banyak tenaga manusia untuk memerangi mereka yang akan memusnahkan kami dan nilai-nilai kami.” Perekrutan akan menambah kakitangan agensi perisikan M15, M16 dan GCHQ dengan kira-kira 15 peratus, menurut Guardian dan Financial Times.

Selain itu pegawai keselamatan penerbangan tambahan akan menilai lapangan terbang di seluruh dunia dalam respons kepada nahas pesawat udara Rusia di Mesir bulan lalu dan kerajaan Britain mensyaki mungkin telah terhempas akibat bom.

Menteri-menteri dalam Kesatuan Eropah dijangka mengadakan rundingan krisis di Brussels pada hari Jumaat untuk menangani isu-isu keselamatan yang dibangkitkan oleh serangan di Paris, yang mana lelaki-lelaki bersenjata dan pengebom berani mati membunuh kira-kira 29 orang di restoran, dewan konsert dan luar stadium kebangsaan.