Britain rai Elizabeth II paling lama memerintah

Britain rai Elizabeth II paling lama memerintah

LONDON, 9 Sept – Britain bergema dengan loceng Westminster Abbey hari ini berserta pertunjukan flotila yang berlayar di Sungai Thames dan tembakan senjata bagi meraikan Ratu Elizabeth II yang menjadi monarki paling lama berkhidmat di negara itu.

Ratu sendiri turut merasmikan laluan landasan kereta api di Scotland dan menghoskan santap malam di Istana Balmoral bagi menandakan hari beliau mengambil alih rekod moyangnya ratu Victoria.

Orang ramai yang hadir dan pengawal kehormat pemanah diraja mengalu-alukan kedatangannya di stesen kereta api Edinburgh, tempat beliau menaiki kereta api stim bagi perjalanan di sepanjang baru Borders Railway.

Berpakaian kot berwarna firus dan bertopi serta membimbit beg tangan hitam – salah satu pakaian berwarnanya yang terkenal – ratu menyarungkan kerongsang bertatahkan berlian kepunyaan ratu Victoria bagi memberi penghormatan kepada moyangnya.

Perdana Menteri David Cameron mengetuai penghormatan rasmi di parlimen, menggelar pemerintahannya sebagai ‘Jalur keemasan yang melangkaui tiga generasi pasca perang’.

Ratu Elizabeth II (kiri) bercakap dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh (kanan) di Stesen Tweedbank pada 9 September. – AFP
Ratu Elizabeth II (kiri) bercakap dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh (kanan) di Stesen Tweedbank pada 9 September. – AFP

“Beliau adalah ratu kami dan kami sudah cukup berbangga dengannya,” katanya.

“Beliau mentadbir negara ini dengan penuh kemartabatan, kesopanan dan lemah lembut serta dipanjangkan umur untuk beliau meneruskannya.”

Pada ketika ini, monarki berusia 89 tahun itu telah berkhidmat selama 23,226 hari, 16 jam dan secara kasarnya 30 minit di atas takhta – selama 63 tahun. – AFP