Britain sedia sertai Syria bom IS

Britain sedia sertai Syria bom IS

LONDON, 2 Dis (AFP) – Parlimen Britain bersedia untuk mengundi dalam memilih menyertai kempen pengeboman ke atas Islamic State (IS) di Syria hari ini, yang membuka laluan bagi serangan udara oleh pesawat-pesawatnya dimulakan dalam masa beberapa hari.

Perdana Menteri, David Cameron, yang meningkatkan tekanan bagi serangan udara selepas serangan Paris bulan lalu, akan mengetuai House of Commons ke dalam perdebatan lebih dari 10 jam untuk menyertai tindakan ketenteraan antarabangsa yang diketuai oleh AS.

Menteri-Menteri merasa yakin bahawa penggubal undang-undang kemudian akan mengundi “Ya”, bermakna pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja (RAF) boleh mengebom sasaran-sasaran di Syria pada akhir minggu ini.

“Saya akan mengadakan perdebatan dan saya berharap lebih ramai ahli parlimen di seluruh pihak akan menyokong saya,” katanya menjelang undian.

Tetapi kebanyakan pakar, penggubal dasar dan orang ramai masih skeptik dan beribu penunjuk perasaan anti perang berhimpun di tengah London pada Sabtu dan Selasa.

Pakar tentera mempersoalkan berapa banyak akan dihantar Britain kepada gabungan menentang jihad IS di Syria, yang menambah langkah itu mungkin lebih banyak mengenai Britain mahu dilihat untuk berganding bahu bersama sekutu seperti Perancis dan AS.

“Ia tidak akan menjadikan perbezaan operasi besar,” Profesor Malcolm Clamers dari pusat pemikir tentera Institut Perkhidmatan Bersatu Diraja (RUSI) memberitahu AFP. Secara simbolik ia adalah penting, operasi yang berguna, tetapi bukan transformatif.”

Cameron ‘berasa yakin dari segi emosi yang kuat bahawa dia seharusnya menyokong Perancis ketika diperlukan,” tambah Ben Barry dari pusat pemikir Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik.

ARTIKEL YANG SAMA