Britain sumbang 20 juta euro bantu Calais

Britain sumbang 20 juta euro bantu Calais

PARIS, 3 Mac (AFP) – Britain akan menyumbangkan sekitar 20 juta euro sebagai tambahan dana untuk merangsang keselamatan di pelabuhan Calais, Perancis tempat beribu-ribu penghijrah berkhemah dengan harapan dapat menyeberangi Channel, kata menteri bagi hal ehwal Eropah, Perancis hari ini.

Britain sudah pun menyumbang lebih 60 juta euro dan ‘akan ada lagi tambahan sekitar 20 juta euro (AS$22 juta)” kata Harlem Desir memberitahu radio RFI, dengan wang itu digunakan untuk merangsang ‘keselamatan kepada zon akses ke terowong itu….dan memerangi rangkaian pengedaran.”

Pengumuman itu muncul beberapa jam menjelang sidang kemuncak antara Presiden Perancis, Francois Hollande dan Perdana Menteri Britain, David Cameron di bandar Amiens utara, tempat krisis Calais akan menjadi agenda utama.

Perdana Menteri Britain, David Cameron, Presiden Perancis, Francois Hollande bersama menteri-menteri lain semasa sidang kemuncak Franco-British ke-34 pada 3 Mac di wilayah Somme di Amiens, utara Perancis. Britain mengumumkan sumbangan sekitar 20 juta euro sebagai tambahan untuk merancang keselamatan di Calais. – AFP

Para pekerja pemusnah telah meranapkan tempat perlindungan yang digelar kem hutan penghijrah di pinggir Calais buat hari ketiga berturut-turut kelmarin di bawah pengawasan puluhan pegawai polis yang dilengkapi dengan meriam air. Kem itu yang dibina di atas bekas tempat buangan toksik, adalah tumpuan orang ramai yang berhasrat untuk tiba ke Britain dan kebanyakannya enggan untuk pergi, walaupun tidak ada pertempuran ganas yang meletus pada Isnin.