Britain tetapkan Jun bagi tarikh referendum EU

Britain tetapkan Jun bagi tarikh referendum EU

LONDON, 21 Feb (AFP) – Britain akan mengundi mengenai keahlian dalam Kesatuan Eropah (EU) pada 23 Jun, kata Perdana Menteri David Cameron semalam, tatkala beliau memulakan cabaran sukar untuk memujuk negara supaya kekal dalam blok.

Beliau mengumumkan tarikh referendum selepas mesyuarat kabinet dua jam di mana beliau memberi taklimat kepada menteri-menteri mengenai perjanjian yang dicapainya di Brussels pada Jumaat, yang dikatakan oleh beliau akan memberikan Britain “status khas” dalam EU.

“Kami sedang menghampiri salah satu keputusan terbesar yang akan dihadapi oleh negara ini sepanjang hidup kami,” kata Cameron, menyampaikan ucapan kepada negara di luar kediamannya di 10 Downing Street.

“Pilihan diberikan kepada jenis negara yang diingini oleh kami,” kata beliau, mengingatkan penyokong mereka yang ingin meninggalkan sedang menawarkan “risiko pada masa yang tidak pasti, sesuatu yang tidak dapat diramalkan.”

Britain adalah “lebih selamat, lebih kuat dan lebih baik” dalam blok 28 anggota, kata beliau, menggelar konsesi yang dirundingkan dengan pemimpin EU lain “yang terbaik.”

Kempen referendum akan diadakan di sebuah negara dengan tradisi lama fahaman keraguan euro dan media sayap kanan yang bersikap bermusuhan, dengan kebanyakan tinjauan pendapat menunjukkan warga Britain dibahagi hampir sama rata.

“Angka ke-23 adalah peluang keemasan kami, biarlah pertarungan digabungkan,” kata pemimpin Parti Kemerdekaan UK (UKIP), Nigel Farage, mengecap perjanjian sebagai “menyedihkan.”

Parti Koservatif pimpinan Cameron adalah berpecah, dan sebaik sahaja mesyuarat kabinet berakhir semalam, enam daripada 22 menterinya mengumumkan mereka akan berkempen untuk meninggalkan blok.

Di antara mereka adalah menteri keadilan Michael Gove, yang berkata “peluang ini tidak mungkin datang sekali lagi sepanjang hidup kami.”

Kira-kira 50 Wakil Rakyat KOnservatif semalam telah menyokong untuk meninggalkan blok, smeentara Wakil Rakyat pro-EU Nick Herbert menulis dalam Twitter 100 Wakil Rakyat Tory akan menyokong Britain untuk kekal hampir separuh daripada 330 penggubal undang-undang yang ada dalam parti di parlimen.