Britain tidak mahu terlibat

Britain tidak mahu terlibat

LONDON, 14 Julai (Reuters) – Menteri Kewangan Britain George Osborne telah menolak sebarang penglibatan kewangan dalam jaminan baru untuk Greece selepas beberapa cadangan bahawa satu mekanisme yang disokong oleh seluruh Kesatuan Eropah (EU) boleh memberikan bantuan kewangan untuk Athens.

Osborne bercakap kepada beberapa menteri kewangan zon euro kelmarin tatkala mereka mencari jalan untuk memberi Greece dengan pinjaman interim, sementara menolak perjanjian jaminan ketiga untuk mengelakkan kemuflisan.

Penglibatannya direka bagi membatalkan idea tersebut, salah satu yang masih dalam pertimbangan di Brussel, dalam menggunakan Mekanisme Penstabilan Kewangan Eropah (EFSM), satu dana jaminan yang ditubuhkan pada 2010. Isu-isu ikatan EFSM disokong oleh kesemua 28 ahli EU dan telah digunakan untuk membantu Ireland dan Portugal.

“Rakan zon euro kami telah menerima mesej tersebut secara jelas yang mana isu ini tidak boleh diterima di mana sokong Britain untuk menyelamatkan zon euro dikaji semula,” satu sumber Kementerian kewangan Britain memberitahu Reuters.

“Idea yang mana duit pembayar cukai Britain akan berada dalam baris perjanjian terkini Greece bukanlah punca,” menurut sumber tesebut, yang bercakap dalam syarat tanpa nama.

Menteri Kewangan Britain ketika berada dalam mesyuarat bersama menter-menteri kewangan EU. – Reuters
Menteri Kewangan Britain ketika berada dalam mesyuarat bersama menter-menteri kewangan EU. – Reuters

Seorang pegawai EU berkata pilihan EFSM ini “sangat tidak mungkin mendapat alasan” dan berkemungkinan besar tidak akan dibincangkan pada mesyuarat kesemua 28 menteri kewangan EU hari ini.

Pada 2011, Britain menolak untuk membenarkan penggunaan EFSM untuk menjamin Greece buat kali kedua.

London boleh mengundi keluar dalam isu tersebut, sebab penggunaan EFSN boleh diputuskan oleh majoriti negara-negara EU yang berkelayakan. Itu adalah 15 negara yang mewakili 65 peratus populasi EU. Tetapi institusi EU akan berwaspada dalam menimbulkan kemarahan pengundi Britain menjelang satu pungutan suara pada keahlian EU Britain pada 2017.