Brondby tawar John Terry jawatan pengurus

Brondby tawar John Terry jawatan pengurus

LONDON, 14 Mac (Agensi) – Kelab Denmark, Brondby bakal menawarkan jawatan pengurus kepada kapten Chelsea, John Terry selepas dia tidak lagi bersama Chelsea pada musim hadapan.

Kontraknya yang tidak disambung oleh pengurusan The Blues menarik minat pemilik Brondby, Jan Bech Andersen yang sudah pun menyatakan hasratnya untuk membawa pemain berusia 35 tahun itu ke Denmark.

Ahli perniagaan itu juga dikatakan turut akan menawarkan dua kedudukan untuk Terry di pasukan itu iaitu sebagai pengurus dan juga pemain.

Selain Brondby, kelab Asia Barat turut menunjukkan minat kepada perkembangan Terry dengan pengurus Al Arabi yang juga rakan sepasukannya di Chelsea, Gianfranco Zola sebelum ini sudah menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmatnya.

Kelab China juga dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmatnya sekaligus menyaksikan bekas kapten England itu menerima banyak tawaran pada musim panas nanti.

Walau bagaimanapun, dia mengakui mahu kekal berada di Stamford Bridge namun masih tiada lagi perkembangan berhubung tawaran kontrak barunya untuk musim hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA